MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020 yang lepas, program MIV Bersama Komuniti telah diadakan untuk tahun 2020 di mana program ini dijalankan setahun sekali melibatkan pusat-pusat internet seluruh Malaysia tetapi kali ini, ianya diadakan secara atas talian demi membendung penyebaran COVID-19.

Program MIV Bersama Komuniti pada kali ini turut disertai oleh Pusat Internet RPR Sibujaya di mana empat orang sukarelawan telah terlibat. Sukarelawan ini terdiri daripada petugas pusat internet dan belia-belia tempatan. Antara tugas sukarelawan pada kali ini adalah untuk membantu menyebarkan perkongsian mengenai kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” dan juga kempen-kempen KDB yang lain.

Memandangkan COVID-19 masih lagi berada di tahap yang membimbangkan untuk seluruh dunia maka pada tahun ini sukarelawan hanya terlibat di dalam aktiviti atas talian sahaja dan sekiranya memerlukan aktiviti perjumpaan di luar, maka para sukarelawan telah dinasihatkan untuk mematuhi SOP daripada pihak berkuasa.

Program ini diharap dapat menyebarkan pengetahuan penggunaan internet yang positif kepada orang ramai khususnya golongan-golongan yang menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan sebagainya kerana berita-berita palsu amat mudah disebarkan melalui medium ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali